fbpx

Pembedahan hidung Priyanka Chopra gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

AKTRES terkenal Priyanka Chopra mengakui melakukan pembedahan plastik pada wajah untuk memenuhi standard kecantikan yang diperlukan jika seseorang pelakon wanita mahu menembusi pasaran filem Bollywood.

Salah satu bahagian wajah yang mendapat ‘sentuhan’ pembedahan plastik adalah hidungnya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 40 tahun itu memberitahu dia pernah melalui fasa menakutkan selepas prosedur pembedahan gagal sekali gus membuatkan wajahnya kelihatan aneh.

Gara-gara kegagalan tersebut, Priyanka mengalami tekanan memandangkan wajahnya merupakan aset penting dalam bisnes dunia hiburan.

“Saya mengalami masalah sukar bernafas. Batang hidung saya pada bahagian tengah hampir patah.

“Saya sangat ketakutan dan menyesal pada waktu itu. Wajah saya juga kelihatan sangat aneh,” ujar Priyanka.

Ujar pelakon filem Don itu lagi, setiap kali menatap wajahnya dalam cermin, dia akan menangis kerana berasa sangat sedih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI