fbpx

Kes lelaki diculik ke Thailand tidak pernah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Aiman Zafri

KOTA BHARU – Polis tidak pernah menutup siasatan melibatkan kes seorang lelaki yang dipercayai diculik dan dibawa lari ke Thailand lima tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedang berusaha mencari bukti dan petunjuk baharu bagi membantu siasatan berkait dengan tersebut.

Menurutnya, polis juga telah membuat beberapa tangkapan, namun tiada petunjuk yang dapat membantu siasatan kes tersebut.

“Sekiranya ahli keluarga atau orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu, sila berhubung dengan pihak polis menerusi talian 09-745 5622 atau boleh salurkan maklumat di balai polis berhampiran.

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tidak mengambil tindakan secara bersendirian kerana ia akan mengundang bahaya selain merugikan perkembangan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohamad Aiman Zafri, 25, hilang tanpa khabar berita kira-kira pukul 11.15 malam pada 5 Julai 2017 semasa baru pulang dari tempat kerjanya dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Mohamad Aiman dipercayai dilarikan lima lelaki yang menaiki kereta jenis Kia semasa dia bersama isterinya berada di dalam kereta tersebut di Jalan Pekeliling, Taman Maju di sini.

Sehari selepas kejadian, seorang lelaki menggunakan nombor telefon Thailand menghubungi adik ipar isterinya meminta wang sebanyak RM50,000 sebagai tebusan jika mahu mangsa selamat.

Bagaimanapun, Mohamad Aiman masih belum dijumpai sehingga ke hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI