fbpx

Indonesia mahu mansuhkan kakitangan awam kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghapusan dasar honorarium secara melulu akan menimbulkan isu serius terutama dalam pentadbiran daerah. - Sindo News

JAKARTA – Menteri Pembaharuan Pentadbiran Pembaharuan Birokrasi Indonesia, Abdullah Azwar Anas akan mempertimbangkan dasar penghapusan bayaran honorarium pada 2023, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

Honorarium adalah bayaran sagu hati yang berikan kepada seseorang individu yang tidak berjawatan tetap di atas khidmatnya.

Menurut Anas, salah satu pilihan penyelesaian adalah ketua wilayah atau daerah dibenarkan mengambil pekerja kontrak sehingga tempoh khidmatnya tamat.

Bagaimanapun, katanya penyelesaian itu belum diputuskan dan masih perlu dibincangkan.

“Ini cadangan jalan penyelesaian. Kalau tidak ada penyelesaian, semua bupati (ketua daerah) akan marah.

“Saya sebolehnya mahu menyediakan penyelesaian yang adil dan boleh diterima semua pihak,”  kata Anas dalam pertemuan dengan Panitia Dewan Rakyat Indonesia, baru-baru ini.

Anas mendedahkan, dasar penghapusan bayaran honorarium pada 2023 ditentang hebat oleh ketua-ketua wilayah kerana mereka memerlukan khidmat pekerja kontrak bagi tugasan yang tidak dapat diselesaikan kakitangan  lantikan tetap.

Selain itu, ketua-ketua daerah juga mempunyai manifesto atau janji politik kepada pengundi mereka yang perlu dipenuhi.

Beliau percaya jika dasar ini dikuatkuasakan, ketua wilayah akan terus mengambil pekerja sementara secara rahsia.

“Saya mahu penyelesain efektif yang boleh menjamin bahawa jika dasar bayaran honorarium ini dihapuskan, semua pihak akur dan tidak akan melanggar peraturan di masa hadapan,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI