fbpx

Tetap dengan UMNO walaupun pernah kena pulau – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan sebuah video bertajuk ‘KJ Keluar UMNO!! Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin!!’ yang dimuat naik di YouTube, 14 September lalu.

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa beliau masih ahli UMNO dan akan tetap setia bersama parti itu dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tangkap layar Insta Story Khairy berhubung sebuah video yang dimuat naik 14 September lalu.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang KP (Ketua Pemuda UMNO) tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO.

“Waktu kalah Pilihan Raya Umum ke-14 dahulu termasuk pelbagai penganiayaan, tetap UMNO.

“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Dulu, kini, selamanya, jangan risau, ” katanya menerusi Instagram Story, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI