fbpx

Sukma 2022: Sarawak dominasi boling perseorangan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAVINIA (kanan) dan Hazirah memastikan Sarawak menguasai acara boling perseorangan wanita selepas meraih emas dan perak pada aksi semalam.

KONTINJEN Sarawak tampil cemerlang pada hari pertama sukan boling pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila menguasai acara perseorangan wanita selepas meraih pingat emas dan perak semalam.

Lavinia Kho Jia Jie yang melakukan penampilan sulung pada temasya tersebut memastikan emas menjadi miliknya selepas selepas melakukan 1271 jatuhan pin, menewaskan rakan sepasukan, Nur Hazirah Ramli yang mencatat 1268 jatuhan pin.

Atlet berusia 17 tahun itu mengakui terkejut dengan pingat emas yang dimenangi memandangkan aksinya agak menurun pada pusingan keempat apabila hanya melakukan 137 jatuhan pin.

Bagaimanapun, dia kembali bangkit dengan aksi lebih kemas pada dua pusingan terakhir bagi memintas wakil Selangor, Nur Nais Falilnesa Isman yang hanya berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi 1263 jatuhan pin.

“Saya memulakan saingan dengan sangat baik pada dua pusingan awal, begitu juga pusingan ketiga. Bagaimanapun, prestasi saya agak menurun di pusingan keempat sehingga menganggap peluang untuk menang emas sudah tertutup.

“Kemudian, jurulatih cuba menenangkan saya dan saya tidak lagi memberi tumpuan terhadap papan mata kerana mahu fokus sepenuhnya terhadap dua pusingan terakhir. Sebaik saingan berakhir, saya tidak sangka dapat memenangi emas,” katanya sejurus tamat pertandingan.

Sepanjang saingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya semalam, Lavinia yang mula berjinak dengan sukan boling sejak berusia lapan tahun mengakui gentar dengan saingan rakan sepasukan, Gillian Lim Siew Giok yang merupakan atlet kebangsaan.

“Antara pencabar utama saya hari ini (semalam) adalah Gillian Lim kerana dia adalah atlet kebangsaan selain saingan daripada Hazirah. Secara jujur, sasaran awal saya adalah untuk berada dalam kelompok 10 teratas,” ujarnya.

Sementara itu, sejarah Sukma Sarawak 2016 juga hampir berulang pada saingan semalam apabila kedudukan Lavinia dan Hazirah terikat untuk berkongsi pingat emas sebelum juri mengeluarkan keputusan rasmi yang memberikan kemenangan kepada Lavinia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI