fbpx

Sukma 2022: Chun Chen terus tambah koleksi emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUN CHEN menambah tiga lagi koleksi emas hari ini selepas meraih dua semalam.

KUALA LUMPUR – Gimnas Pulau Pinang, Ng Chun Chen terus menampilkan aksi cemerlang pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila menambah tiga lagi pingat emas menerusi acara akhir apparatus lelaki hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan atlet kebangsaan tersebut merangkul lima pingat emas pada edisi kali ini selepas turut mencatat keputusan sama dalam acara all-around dan berpasukan lelaki semalam.

Pada acara akhir apparatus lelaki yang berlangsung di gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini, Chun Chen memastikan kemenangan dalam acara senaman lantai, gelang roman serta palang sejajar.

Lebih menarik, emas acara senaman lantai dikalungkan kepada Chun Chen dan atlet Terengganu, Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam selepas kedua-dua gimnas itu berkongsi 13.233 mata.

“Hari ini saya rasa puas hati dengan keputusan keseluruhan kerana sudah buat yang terbaik termasuk saingan semalam. Jika dapat atasi gementar, memang dapat bantu untuk catat markah yang baik.

“Saya fikir acara senaman lantai merupakan bonus untuk saya (kongsi emas) walaupun terpaksa menahan sakit kaki kerana bermain 6 acara berturut-turut hari ini dan semalam,” katanya ketika ditemui sebaik tamat saingan.

Sementara itu, dalam acara gelang roman, Chun Chen tampil cemerlang apabila mencatat 12.867 mata manakala bagi acara palang sejajar, dia melakukan catatan terbaik 13.633 mata.

Mengulas mengenai persaingan dengan Sharul Aimy, atlet berusia 20 tahun itu mengakui dia sukar untuk menewaskan rakan sepasukan kebangsaan tersebut selain menganggap atlet Terengganu itu lawan sukar.

“Dia seorang gimnas yang kuat dan memang susah untuk lawan dia. Bagaimanapun, kita tengoklah siapa yang mampu berdepan tekanan dan dapat menampilkan aksi lebih baik,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Keputusan Final Apparatus Lelaki

SENAMAN LANTAI
Emas – Ng Chun Chen (Pulau Pinang)
Emas – Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam (Terengganu)
Gangsa – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)

KEKUDA BERPELANA
Emas – Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam (Terengganu)
Perak – Ng Chun Chen (Pulau Pinang)
Gangsa – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)

MELOMBOL
Emas – Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam (Terengganu)
Perak – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)
Gangsa – Ng Chun Chen (Pulau Pinang)

GELANG ROMAN
Emas – Ng Chun CHen (Pulau Pinang)
Perak – Ally Hamuda Abdullah (Sarawak)
Gangsa – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)

PALANG SEJAJAR
Emas – Ng Chun Chen (Pulau Pinang)
Perak – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)
Gangsa – Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam (Terengganu)

PALANG TUNGGAL
Emas – Luqman Al Hafiz Zulfa (Perak)
Perak – Ng Chun Chen (Pulau Pinang)
Gangsa – Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam (Terengganu)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI