fbpx

Selebriti bantu jayakan kempen anti fitnah media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial di Bangunan Pusat Islam, Putrajaya hari ini. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Beberapa selebriti terkenal tanah air tampil membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menjayakan kempen Hentikan Fitnah Media Sosial anjuran agensi itu dalam usaha mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kempen itu bertujuan membendung penularan peningkatan hantaran palsu dalam kalangan netizen tempatan sejak akhir-akhir ini.

“Kempen ini juga tiada tempoh tamat, malahan kita menyeru agar semua netizen untuk menukar profil dan status media sosial dengan tanda pagar #hentikanfitnahdimediasosial.

“Kami memberi jaminan bahawa pihak Jakim dan semua agensi di bawahnya akan terus bekerja mendidik masyarakat untuk bijak menapis kandungan yang tidak benar,” katanya selepas merasmikan kempen itu di sini tadi.

Idris berkata, langkah berkenaan boleh dianggap seumpama dakwah dalam dunia siber yang perlu digerakkan dengan lebih terancang dan dinamik untuk kesejahteraan keseluruhan netizen.

Antara selebriti yang turut sama dalam kempen itu termasuklah Shuib Sepahtu, Dai’ Adam, M. Subash Abdullah serta pengacara program bicarawara isu agama popular, Forum Perdana Ehwal Islam, Mohd. Hariri Mohd. Daud.

Turut terlibat ialah pempengaruh terkenal kandungan Tik-Tok, Ryan Bakery serta jurubahasa isyarat yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Syar Meeze Mohd. Rashid. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI