fbpx

Robert Lewandowski terus selesa ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY berjaya meledak dua gol ketika membantu Barcelona mencatat kemenangan ke atas Elche kelmarin. – AFP

BARCELONA – Bintang Barcelona, Robert Lewandowski seperti tidak pernah puas meledak gol apabila kali ini menyumbat dua lagi jaringan dalam kemenangan 3-0 ke atas Elche pada aksi La Liga di Camp Nou kelmarin.

Ia adalah jaringan peribadi kelapan dalam enam aksi La Liga buat Lewy sejak menyarung jersi The Catalans daripada Bayern Munich awal musim ini.

Dua gol daripada penyerang prolifik Poland itu juga membolehkan Barcelona melonjak ke tangga teratas La Liga dengan 16 mata hasil lima kemenangan dan satu keputusan seri.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez memuji impak Lewandowski yang memainkan peranan penting memastikan kemenangan pasukannya biarpun beliau membuat banyak pertukaran dalam kesebelasan utama.

Xavi membuat lima pertukaran daripada skuad yang tewas 0-2 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini dengan memberi peluang kepada pemain lain seperti Memphis Depay.

Depay membuktikan kemampuannya apabila meledak satu lagi gol Barcelona ke atas Elche malam kelmarin.

“Kami mempunyai skuad yang besar, semua orang berlatih dengan baik dan bersedia untuk bermain apabila pasukan memerlukan mereka dan itu yang penting,” kata Xavi.

Barcelona akan bertemu Real Mallorca untuk aksi La Liga seterusnya pada 1 Oktober depan sebelum bertandang ke Itali menentang Inter Milan bagi saingan Liga Juara-Juara tiga hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI