fbpx

Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membawa mayat remaja perempuan lemas di Pantai Coco Cabana, Miri petang tadi.

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi.

Sebelum itu, bapa mangsa menerima maklumat berhubung penemuan barangan milik anaknya, Tan Mei Ling, 15, di kawasan pantai berkenaan pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 7.25 pagi yang memohon bantuan mencari dan menyelamat anaknya di pantai tersebut.

“Lelaki itu mendapati barang kepunyaan anaknya seperti beg tangan, telefon bimbit dan sepasang kasut mangsa berada di tepi laut selepas panggilan telefon dijawab oleh orang awam di sekitar kawasan tersebut.

“Pada pukul 11.19 pagi, pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran pantai dan mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mayat remaja itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 5.20 petang dan operasi tamat pada pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI