fbpx

Pulau Pinang, Terengganu, Selangor sah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Pulau Pinang meraikan kejayaan selepas mengetepikan Kelantan 5-4 pada penentuan penalti selepas terikat 2-2 dalam masa permainan sebenar di Stadium Universiti Tenaga Nasional (Uniten) petang tadi.

PULAU Pinang, Terengganu dan Selangor meneruskan saingan selepas masing-masing mengesahkan slot separuh akhir bola sepak Sukan Malaysia (Sukma).

Di Stadium Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Pulau Pinang yang mencatatkan kemenangan bersih dalam aksi Kumpulan D menepati ramalan apabila menyingkirkan Kelantan 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa permainan sebenar.

Pada perlawanan itu, Kelantan bermula baik apabila membuka jaringan menerusi Adam Danial Md. Zaid pada minit ke-25, namun T. Saravanan menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama.

Minit ke-61, Dhia Ramadhan Baddrulhisham meletakkan Pulau Pinang di depan, namun tujuh minit selepas itu Kelantan kembali menyamakan kedudukan menerusi Nor Shahmi Irfan Talaha.

Kegagalan Abdul Halim Ghazali menyempurnakan sepakan penalti terakhir Kelantan memastikan kemaraan Pulau Pinang dan akan menentang sama ada Johor atau pun Wilayah Persekutuan.

Dalam aksi suku akhir di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Terengganu raih kemenangan 3-0 ke atas Perlis.

Kesemua gol Terengganu dihasilkan oleh Muslihudin Atiq, Aqil Asyrah dan Safwan Mazlan.

Di Arena Universiti Malaya, Selangor melangkah ke separuh akhir selepas menyingkirkan Pahang 7-6, juga menerusi penantuan penalti.

Satu lagi perlawanan suku akhir antara Johor dan Wilayah Persekutuan sedang berlangsung di Stadium UiTM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI