fbpx

PRU ketika musim banjir, tidak sesuai – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika musim banjir satu tindakan tidak sesuai kerana menjejaskan perjalanan demokrasi dan peranan kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu melihat objektif mengadakan PRU yang mana ia adalah hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Tan Sri Annuar Musa

Beliau berkata, apabila mengadakan PRU, aspek kemudahan keluar mengundi, suasana aman dan persekitaran selamat perlu diambil kira.

“Sekiranya kita adakan PRU dalam suasana yang tidak kondusif ia menjejaskan orang keluar undi maka peratusan undi rendah akan membawa imej tidak baik untuk negara dan pembentukan kerajaan kerana ia hanya melibatkan sekumpulan kecil pengundi,” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Treler Filem SERATUS di sini hari ini.

Annuar Musa berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Apabila PRU dilaksanakan musim banjir, sudah pasti peranan kerajaan terjejas kerana kerajaan tak boleh fokus politik dulu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI