fbpx

Parti politik jangan abai perkara asas, penting dalam manifesto – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dikatakan semakin hampir, Mufti Pulau Pinang mengingatkan semua pemimpin semua parti tentang beberapa perkara asas dan penting yang tidak wajar dipinggirkan dalam penyediaan manifesto setiap parti.

Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perkara-perkara seperti menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mesti diberi pertimbangan serius di dalam manifesto oleh setiap parti politik yang bertanding nanti.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor

“Beberapa saranan saya untuk dimasukkan ke dalam manifesto yang dimaksudkan antaranya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan memberi kebebasan kepada setiap warganegara memilih dan mengamalkan agama yang dikehendakinya.

“Namun pihak berkuasa agama berhak membuat peraturan undang-undang bagi menghalang penganutnya daripada murtad demi memelihara kesucian agama tersebut.

“Selain itu, saya juga menyarankan agar setiap parti memartabatkan bahasa Melayu termasuk usaha mengembalikan tulisan jawi kepada kedudukannya yang asal di dalam kurikulum pendidikan negara yang formal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Salim, manifesto juga perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang tidak mempertikai kedudukan Raja-Raja Melayu, dan hak-hak bangsa Melayu dan Bumiputera.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI