fbpx

Nama trending, Tomok imbau nostalgia New Boyz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERTAAN Tomok selaku salah seorang peserta GV9 menuai keterujaan ramai terutama peminat New Boyz.

PETALING JAYA – Biarpun penyertaaannya sebagai peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada awalnya mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen, namun tuah nampaknya memihak kepada Tomok selepas persembahannya pada minggu pertama program tersebut malam tadi dipuji ramai.

Dia membuat kejutan apabila menduduki tempat ketiga di belakang dua peserta terbaik iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah sehingga membuatkan namanya trending dalam Twitter.

Rata-rata netizen memuji persembahan vokalis kumpulan New Boyz itu yang sekali gus mengimbau kenangan ketika zaman kegemilangan lagu-lagunya.

Terharu melihat sokongan positif yang diterimanya daripada netizen dan peminat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail meluahkan rasa syukur atas reaksi ramai.

“Alhamdulillah, baik atau sebaliknya saya ambil. Terima kasih,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran Instagram.

Penyanyi berusia 38 tahun itu turut memuat naik tangkap layar ruangan memaparkan isu atau subjek yang menuai trending dalam Twitter dengan namanya memiliki jumlah 2,712 ciapan.

Selain Twitter, persembahan Tomok yang menyanyikan medley dua buah lagu popularnya iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang turut trending dalam TikTok.

Ramai peminat menyuarakan rasa teruja melihat penyanyi yang mula aktif bernyanyi sejak berusia belasan tahun itu beraksi selaku salah seorang peserta sekali gus mengimbau nostalgia zaman popularnya bersama New Boyz.

“Siapa-siapa yang membesar satu zaman dengan New Boyz saja tahu macam mana Tomok punya fenomena dulu. Rindu zaman sekolah,” luah seorang peminat.

“Budak zaman 1980-an mana? New Boyz satu fenomena zaman kita,” kata seorang lagi peminat.

Minggu pertama GV9 yang berlangsung malam tadi menyaksikan Tomok mengutip sebanyak 84.1 peratus dan menerima komen positif daripada juri profesional, Datuk Syafinaz Selamat.

Shafinaz melabelkan bapa kepada tiga cahaya mata itu sebagai seorang ‘fighter’ dan akan selalu berjuang berhabis-habisan.

GV9 menampilkan persaingan sengit 13 peserta terdiri daripada Jaclyn, Shila, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Asheed Def Gab C, Pat Candy, Tom, Kumpulan VE, Haida Hasnan, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI