fbpx

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai 25 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil setaraf boleh menyemak keputusan permohonan ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2022/2023 mulai 25 September ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementenan Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan akhbar hari ini.

KPT berkata, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 September 2022 pukul 12 tengah hari hingga 4 Oktober 2022, jam 5 petang.

Menurutnya, semakan boleh dibuat menerusi pautan https://jpt.utm.my;
https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my serta melaiui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju termasuk tolak tawaran bermula pada 26 September hingga 4 Oktober 2022 di laman web rasmi UA.

“Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya.

Katanya, hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022, pukul 12.00 tengah hari sehingga 4 Oktober 2022, pukul 5 petang.

Jelasnya lagi, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03- 8870 8200 atau emel ke [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI