fbpx

Kejadian gunung berapi lumpur fenomena biasa di Sabah – Pakar Geologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, semalam.

KOTA KINABALU – Pakar geologi Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul memaklumkan situasi gunung berapi mengeluarkan letusan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, semalam merupakan kejadian biasa.

Beliau berkata, fenomena berkenaan berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang apabila tekanan terkumpul pada suatu masa tertentu.

“Kejadian gunung berapi lumpur seumpama ini (lebih aktif) adakalanya berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebentar tadi.

Gunung berapi lumpur bukan sesuatu kejadian baharu di Sabah, malah selain di Tabin, fenomena sama juga boleh ditemui di daerah lain termasuk yang popular di Taman Pulau Tiga dan Kuala Penyu.

Sementara itu, ditanya sama ada gunung berapi lumpur yang meletus itu mempunyai kaitan dengan kejadian gunung berapi aktif di pantai tenggara Taiwan semalam, Felix berkata, kedudukan Sabah yang agak jauh dari negara berkenaan diramalkan tidak menjejaskan atau memberi ancaman kepada Sabah.

Terdahulu, tular di media sosial tentang sebuah video yang memperlihatkan fenomena gunung berapi mengeluarkan lumpur.

Dalam video itu, kelihatan letusan berlaku sehingga menyebabkan sekumpulan dipercayai pemandu pelancong panik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI