fbpx
LUKAKU tidak disenaraikan dalam skuad Belgium kali ini sebagai langkah berjaga-jaga ekoran baharu pulih daripada kecederaan. – AFP

Belgium turun tanpa kelibat Romelu Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan Belgium bagi menghadapi aksi Liga Negara-Negara Eropah ming­gu ini akibat kecederaan paha.

Meskipun dia dijangka kembali menyertai latihan bersama Inter, namun Ketua Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menjelaskan, beliau tidak menyenaraikan Lukaku kerana mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau tidak mahu kecede­raan yang dialami pemain berusia 29 tahun itu bertambah serius sehingga mampu menjejaskan peluangnya untuk beraksi pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

“Romelu (Lukaku) menunjukkan progres yang cukup baik. Sesi pemulihan yang diterapkan kepadanya menunjukkan dia berada pada landasan tepat untuk kembali menampilkan aksi se­perti biasa.

“Dia mungkin akan kembali menjalani latihan bersama Inter dalam tempoh seminggu lagi. Oleh itu, keputusan untuk tidak memanggilnya bagi aksi Liga Negara-­Negara Eropah adalah langkah tepat,” katanya.

Sebagai rekod, Lukaku merupakan penjaring terbanyak Belgium dengan meledak 68 gol dalam 102 penampilan, sekali gus menyebabkan khidmatnya amat diperlukan pada saingan Piala Dunia nanti.

Selain Lukaku, penyerang AC Milan, Divock Origi juga tidak disenaraikan dalam skuad Belgium kerana gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama Milan, namun rakan sepasukannya, Charles De Ketelaere dipanggil Martinez. – AGENSI

POPULAR