fbpx

Seorang pelajar Al-Azhar warga Malaysia ditahan di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANSERI Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir. - Foto IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan laporan mengenai seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warganegara Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir.

Menerusi kenyataan di sini malam ini, beliau memaklumkan pihak Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes tersebut menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

“Susulan penahanan berkenaan, pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di sana sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir bagi mendapatkan maklumat lanjut,” tambahnya.

Pada masa sama ujar beliau, pihak Wisma Putra menerusi Kedutaan Besar Malaysia akan tetap menghulurkan sebarang bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak pula menyatakan alasan kenapa pelajar berkenaan telah ditahan oleh pihak berwajib negara itu selain butiran diri mahasiswa terbabit dan tempoh penahanan.

Dianggarkan ada lebih 7,000 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi pengajian tinggi terulung dunia Islam sejak diasaskan Khalifah Fatimiyah pada 972 Masihi.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular di Mesir diminta segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat di No.21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, Kaherah.

Canseri diplomatik berkenaan turut boleh dihubungi untuk pertolongan kecemasan menerusi talian terus +201200276388 atau pun e-mel rasmi kedutaan iaitu [email protected] KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI