fbpx

Projek mega diteruskan walau inflasi – Wee Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee bertemu veteran MCA ketika menghadiri Persidangan MCA Johor di Kulai.

KULAI – Kementerian Pengangkutan mengesahkan projek mega di bawahnya akan terus dilaksana mengikut peruntukan asal walaupun Malaysia kini berdepan inflasi menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, hal itu kerana pelaksanaan projek-projek berkenaan telah dipersetujui dengan nilai yang ditetapkan sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab untuk kementerian itu menangguhkan sementara projek-projek terlibat hanya disebabkan inflasi.

“Projek bawah kementerian yang sedang berjalan seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) contohnya akan berjalan seperti biasa. Hal ini kerana ia telah ditawarkan pada harga ditetapkan dengan pelaksanaan sudah melebihi 30 peratus.

“Jadi sebarang kejatuhan nilai wang tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek, ia akan tetap diteruskan mengikut jadual. Untuk projek ECRL terdapat sejumlah 1,076 tapak projek yang sedang berjalan serentak,” katanya selepas merasmikan Persidangan MCA Johor di sini hari ini.

Tambah Ka Siong, projek-projek mega lain di bawah Kementerian Pengangkutan juga masih berjalan seperti dijadualkan termasuklah Projek Transit Aliran Massa (MRT) 2, MRT 3, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) serta Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI