fbpx

Ismail Sabri kekal PM jika BN menang PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa jawatan Perdana Menteri kekal digalas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tambah Ahmad Zahid, Ahli Parlimen Bera itu juga kekal menjadi ‘poster boy’ untuk BN pada PRU akan datang.

“Kita secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia apatah lagi jika PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, jika Ismail Sabri meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri, beliau yakin semua permintaan MIC yang dikemukan Presidennya, Tan Sri SA Vickneswaran akan dipertimbang.

“Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan Perdana Menteri akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua kerusi tradisi MIC sebelum ini kekal menjadi milik parti itu pada PRU-15.

“Kesemua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen tradisi kekal milik MIC.

“Jika MIC mahu lebih pun boleh, tetapi itu kena runding dengan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), ” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI