fbpx

Dua lelaki ditahan miliki senjata tiruan di festival animasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas polis milik kedua-dua lelaki terbabit di festival animasi di pekarangan Atria Mall, Damansara Jaya, di sini semalam.

PETALING JAYA – Padah memiliki senjata tiruan, polis menahan dua lelaki berpakaian beragam ‘cosplay’ taktikal lengkap bersenjata tiruan ketika festival animasi di pekarangan Atria Mall, Damansara Jaya, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sekitar pukul 4.30 petang, dua lelaki berusia 15 dan 24 tahun tersebut ditahan polis.

“Polis telah berjaya merampas satu laras senjata tiruan jenis M4, satu pucuk pistol tiruan jenis Glock dan dua butir bom tangan tiruan.

“Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua individu tersebut tiada rekod kesalahan lampau,” jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Suspek direman selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa dibawah mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana ianya menyalahi undang-undang dan tindakan boleh di ambil di bawah Akta Senjata 1960. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI