fbpx

BN Selangor siap sedia, anggap PRU15 esok – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh memotong belon sebagai simbolik merasmikan Karnival Uniti Sukan Rakyat dan Hari Belia Peringkat Kuala Selangor di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) Selangor bersiap sedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang disifatkan umpama berlaku esok.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, komponen parti kini dalam persiapan akhir dalam memperkukuhkan jentera di semua bahagian dan cawangan.

Kata Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu, beliau sudah meninjau semua persediaan terutama melibatkan akar umbi parti berkenaan.

“Saya hari ini turut pergi ke lima Bahagian UMNO termasuk Kapar bagi melihat kursus berkaitan pilihan raya yang sedang dilaksanakan.

“Arahan saya kepada jentera mudah iaitu sentiasa bersiap sedia dan menganggap PRU15 seolah-olah berlangsung esok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Uniti Sukan Rakyat dan Hari Belia Peringkat Kuala Selangor di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu parti itu yakin PRU15 akan diadakan antara Oktober hingga Disember ini.

Keyakinan itu disandarkan kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam yang menyatakan pembubaran Parlimen akan dibuat sedikit masa lagi.

Bayangan diberikan Naib Presiden UMNO itu adalah petunjuk paling jelas mengenai PRU15 yang dimaklumkan secara umum dalam acara parti.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pihaknya bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan bagi menentukan tarikh pembubaran dan pilihan raya itu.

Dalam pada itu, mengulas peringatan Pas bahawa nasib UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mungkin berulang sekiranya terus bertegas bertanding secara solo, beliau berkata, semua pihak semestinya bersifat walaq dengan parti.
“Pas juga wala’ dengan parti itu dan begitu juga UMNO termasuk di Selangor. Kita mengikut keputusan pucuk pimpinan yang lebih bijak menentukan segala perkara yang diputuskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI