fbpx

Ribut petir, angin kencang di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Terengganu serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah.

“Keadaan sama juga diramalkan berlaku di Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak,” kata MetMalaysia hari ini.

Sementara itu katanya, amaran ribut petir turut dikeluarkan terhadap Pasir Puteh, Kelantan.

“Bagi Pahang pula, cuaca buruk dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Turut dikenakan amaran ribut petir ialah Hulu Selangor, Selangor dan Segamat, Johor,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, ribut petir beserta hujan lebat turun diramalkan berlaku di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

Terdahulu, dilaporkan sebanyak 74 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor selepas daerah itu dilanda banjir kilat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI