fbpx

Percaturan Mourinho buat Roma selesa benam Helsinki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELOTTI meledak gol pertamanya bersama Roma selepas berhijrah dari Torino ketika membantu pasukan itu menewaskan Helsinki awal pagi semalam. – AFP

ROM – Ketua Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho mengakui percaturan taktikal yang dilakukan telah membantu pasukan untuk merekodkan kemena­ngan 3-0 ke atas HJK Helsinki pada aksi Kumpulan C saingan Liga Europa awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Giallorossi tidak mempunyai masalah untuk meraih kemenangan ha­sil jaringan yang dilakukan oleh Paulo Dybala, Lorenzo Pellegrini dan Andrea Bellotti dengan pa­sukan pelawat diarahkan ber­aksi 10 pemain selepas Miro Tenho dilayangkan kad merah.

Kata Mourinho, kemasukan Dybala pada babak kedua ter­nyata mengubah corak permainan dengan pasukan dilihat lebih agresif untuk melakukan serangan dalam usaha meraih kemenangan pertama pada aksi Liga Europa musim ini.

“Saya gembira apabila ­Dybala telah menjaringkan gol pada sentuhan pertamanya di atas padang dan anggap perubahan taktikal yang dilakukan membuahkan hasil. Kehadirannya membuatkan rakan-rakan sepasukan lebih bersemangat untuk menyerang.

“Secara keseluruhan, saya anggap ini adalah keputusan yang positif terutama apabila kita tewas pada aksi pertama minggu lalu sekali gus menghidupkan harapan pasukan untuk mara ke peringkat kalah mati,” katanya.

Sementara itu, Andrea Belotti mengakui puas selepas dapat meledak gol pertamanya sejak berhijrah menyertai Roma pada jendela perpindahan bulan lalu selain mendedikasikan jaringan tersebut buat penyokong setia pasukan.

“Saya gembira dapat menamatkan penantian gol bersama Roma. Apabila anda bermain dengan pemain berkualiti seperti Pellegrini dan Dybala, segalanya menjadi mudah dan gol ini dihadiahkan buat ultras kami,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI