fbpx

[VIDEO]Penyu agar cedera parah terkena kipas bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor penyu agar jantan yang cedera akibat terkena kipas bot di Teluk Dalam, Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seekor penyu agar jantan dewasa cedera parah akibat terkena kipas bot di Teluk Dalam, Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

Insiden itu disedari seorang pemandu pelancong sewaktu dia sedang membawa sekumpulan pelancong melakukan aktiviti snorkel di pulau peranginan itu pada pukul 11.30 pagi.

Nurul Ainni Mazlan yang berkhidmat sebagai ahli biologi marin sebuah resort di Pulau Redang berkata, pihaknya segera melaporkan kecederaan menimpa penyu agar itu Jabatan Perikanan sebaik dimaklumkan kejadian tersebut.

“Berdasarkan video dan gambar awal yang diambil pemandu pelancong terbabit, kecederaan dialami penyu berkenaan dari bahagian perut hingga ke bawah agak teruk.

“Kami berharap Jabatan Perikanan dapat menghantar kakitangannya secepat mungkin demi menyelamatkan haiwan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nurul Ainni berkata, kecederaan penyu akibat terkena kipas bot tersebut merupakan kedua direkodkan berlaku di Pulau Redang pada bulan ini.

Tambah beliau, seekor anak penyu telah terkorban akibat mengalami kecederaan parah akibat insiden sama pada musim cuti persekolahan baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI