fbpx

Pengguna terkejut harga udang harimau RM40 seekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar resit serta hidangan udang harimau yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Orang ramai terkejut apabila melihat hidangan udang harimau di sebuah restoran terkemuka berharga RM40 seekor.

Perkara itu menjadi tular selepas seorang individu yang membeli hidangan tersebut berkongsi gambar resit pembelian juadah itu di Facebook.

Melalui resit tersebut, dilihat jumlah hidangan yang dibeli individu itu berjumlah RM100 termasuk dua ekor udang harimau bernilai RM80.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna terkejut dengan harga udang tersebut.

“Mahal betul udang sekor RM40, baik masak di rumah sahaja. Aku bab makan memang tak berkira, tapi tak suka membazir. Duit bukan senang nak cari,” Sha Zi Ra.

“Kalau bawa keluarga makan sekali masing-masing ambil udang ini mahu capai RM300 bil,” kata Zazwan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berpendapat harga hidangan itu padan dengan saiz udang harimau tersebut.

“Kalau besar pinggan macam ini cecah RM40 logik juga, dengan kos masak lagi. Nak murah sikit, beli masak sendiri di rumah,” kata Ritcher.

“Rasanya memang sedia maklum makan di mana-mana kedai pun memang lauk ydang dan sotong mahal terutama sekali bila saiznya besar,” kata Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI