fbpx

Komen benci meningkat di media sosial apabila suhu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN berunsur kebencian meningkat apabila suhu persekitaran tidak memenuhi paras selesa pengguna. - TIME

WASHINGTON – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa suhu persekitaran luar bangunan mempengaruhi jumlah ucapan kebencian yang seterusnya memberi kesan kepada kesihatan mental pengguna, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Kajian itu dikongsi dalam saluran berita perubatan dan kesihatan, Medical Xpress sebelum diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health bulan ini.

Orang ramai didapati memuat naik lebih banyak ciapan di Twitter yang penuh dengan ucapan kebencian apabila suhu meningkat atau menurun di bawah paras selesa.

Penyelidik menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti kira-kira 75 juta frasa bahasa Inggeris berunsur kebencian daripada lebih 4 bilion data ciapan yang dimuat naik di Amerika Syarikat (AS) antara 2014 hingga 2020.

Penyelidik mendapati bilangan ciapan berunsur kebencian berubah apabila suhu persekitaran berubah.

Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati bahawa ciapan dipenuhi kebencian meningkat apabila suhu lebih tinggi atau lebih rendah di luar zon selesa tertentu, tetapi melonjak dalam cuaca yang lebih panas.

“Kami mendapati apabila suhu luar bangunan antara 12 hingga 21 darjah Celsius, ucapan kebencian meningkat sehingga 12 peratus untuk suhu sejuk dan 22 peratus untuk suhu panas di seluruh AS,” kata saintis di Institut Potsdam dan pengarang kajian, Annika Stchemesser.

Penyelidik mendapati jumlah ucapan kebencian terendah berlaku apabila suhu mencecah 15 hingga 18.3 darjah Celsius. 

“Orang ramai cenderung untuk menunjukkan tingkah laku dalam talian lebih agresif apabila suhu sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas di luar, ” kata Stechemesser.

Ketua kajian itu, Leonie Wenz menjelaskan bahawa ucapan kebencian secara online sebagai satu lagi cara perubahan iklim boleh menjejaskan ‘kesepaduan masyarakat secara keseluruhan’ dan kesihatan mental rakyat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI