fbpx

Kenderaan berhenti, nikmati pemandangan di Lebuh Raya Suke undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan puluhan kenderaan berhenti di tepi Lebuh Raya Suke malam tadi.

PETALING JAYA – Pemandangan cantik dan memukau berlatarkan ibu kota dari Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) menarik perhatian ramai sehingga ada yang sanggup memberhentikan kenderaan untuk bergambar.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati pembukaan lebuh raya tersebut sejak semalam menerima sambutan menggalakkan terutama bagi penduduk di sekitar Lembah Klang.

Menerusi satu klip video dimuat naik di Facebook Ampang Kini menunjukkan terdapat puluhan kenderaan yang berhenti di atas lebuh raya berkenaaan.

Rata-rata daripada mereka meluangkan masa dengan bergambar sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut adalah tidak disarankan malah disifatkan berbahaya kepada pengguna yang lain dan diri sendiri.

“Tiang televisyen litar tertutup (CCTV) merata kat atas tu. Tak sampai lima minit nanti peronda akan halau. Jangan ada niat nak lepak walaupun tidak dinafikan ‘view’ (pemandangan) memang cantik,” ujar Faizal Nordin.

“Nanti apabila kemalangan, tiada siapa mahu tanggungjawab. Ini lebuh raya bukan tepi pantai,” seloroh Hemoby.

“Buat hal. Nanti dah kena saman salahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis pula,” kata Amirul.

Terdahulu, fasa pertama Lebuh Raya Suke telah dibuka bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer kepada pengguna mulai 12 tengah hari semalam (Jumaat).

Ia bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Bukit Antarabangsa dengan tempoh perjalanan selama 15 minit yang berada pada ketinggian 50.6 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI