fbpx

Kanak-kanak lelaki maut dada terkena serpihan kaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut terkena serpihan kaca pada dadanya di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan awal sebelum kejadian mangsa sedang bermain seorang diri dengan ibu bapa mangsa turut berada di rumah tersebut.

Katanya, ibu bapa mangsa menyatakan mangsa melompat di atas sofa rumahnya dan jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.

“Ini mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca dan telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting.

“Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI