fbpx

Dua hari ditayangkan di televisyen, filem Mat Kilau terima komen negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini ditayangkan di Netflix

PETALING JAYA – Baru dua hari ditayangkan di platform penstriman digital Netflix, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat reaksi negatif daripada penonton.

Tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata penonton yang dipercayai baru pertama kali menonton filem itu di televisyen mendakwa kurang berpuas hati dengan kualiti filem tersebut.

Antara yang mendapat kritikan hebat ialah kualiti sinematografi babak aksi yang dikatakan kucar-kacir.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa skrip yang digunakan di dalam filem berkenaan kurang menarik dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

Perbincangan mengenai kualiti filem itu juga menyebabkan kata kunci Mat Kilau menjadi sohor kini di Twitter dengan lebih 12,000 ciapan menggunakan kata kunci tersebut.

“Baru habis tengok Mat Kilau. Sinematografi babak aksi kucar-kacir. Pelakon gerak sekali, kamera gerak 10 kali,” kata Burhan.

“Dialog entah apa-apa, kesan bunyi ke laut dalam. Lawan pakai sabit dengan orang tak ada senjata tapi bunyi lawan pedang. Boring betul,” kata Lily.

“Baru lepas tonton Mat Kilau, biasa-biasa saja. Aksi berlawan terlalu kuat, dialog pula asyik marah-marah. Kesudahan cerita pula macam tergantung,” kata bon.

Terdahulu, filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengutip sebanyak RM90 juta mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI