fbpx
TANGKAP layar memaparkan sebilangan banduan di sebuah penjara menonton televisyen pada hujung minggu. - TikTok

Banduan Indonesia tidak terlepas tonton Upin & Ipin pada hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aktiviti banduan di sebuah penjara yang gemar menonton siri kartun popular, Upin & Ipin, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @solidaritas_penjara.

Penjara itu dikatakan terletak di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.

“Mod penjara semasa cuti hujung minggu,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Rakaman memaparkan sebilangan banduan kelihatan terhibur ketika menonton kartun Upin & Ipin di televisyen.

Sebilangan mereka berbaring, manakala ada yang duduk bersila ketika menonton televisyen bersama-sama.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan ada pengguna yang terkejut dengan suasana di penjara yang berbeza jika dibandingkan dengan senario dalam filem.

“Saya pernah fikir keadaan penjara adalah menakutkan seperti dalam filem,” kata seorang netizen.

“Semoga dapat bersama keluarga tidak lama lagi,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI