fbpx

Teruja sudah boleh layan filem Mat Kilau di televisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini boleh ditonton di Netflix.

PETALING JAYA – Orang ramai menzahirkan rasa teruja kerana filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh ditonton di platform penstriman digital Netflix hari ini.

Filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta sejarah apabila mendapat jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengutip sebanyak RM90 juta mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.

Salah seorang peminat filem berkenaan menulis di media sosial, dia berasa teruja kerana kini boleh menonton Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di rumah.

“Teruja, pagi-pagi buta sudah buka televisyen layan Mat Kilau,” kata Ali Ahmad di akaun Facebook beliau.

Fatimah Chenan pula berkata, anaknya paling awal buka televisyen sejurus bangun tidur pagi ini selepas membilang hari menunggu filem berkenaan ditayangkan di Netflix.

Kelana Pujangga berkata, dia akhirnya dapat menonton buat kali kedua filem Mat Kilau dan perasaannya sama seperti menyaksikan filem itu buat kali pertama di pawagam.

Bagi Suriani Mohd. Sharif, menonton Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di televisyen lebih menyeronokkan kerana sambil baring dan makan nasi goreng telur.

Netflix dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia.

Menurut Netflix, Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 September kecuali Indonesia di mana filem tersebut akan dilancarkan pada 14 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI