fbpx
Sureeya ketika melakukan asakan terhadapan Thevadharshan dalam perlawanan akhir Kumite bawah 67 kg Sukma 2022 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Foto MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

Sureeya bangga tuai emas sempena Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Atlet karate Johor, H. Sureeya Sankar membuktikan statusnya sebagai juara Sukan SEA selepas tidak berdepan sebarang masalah menjelmakan kemenangan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebentar tadi.

Pada aksi final bawah 67 kg tersebut, Sureeya bijak mengatur rentak perlawanan meskipun lawannya dari Selangor, K. Thevadharshan mempunyai fizikal lebih tinggi.

Bagaimanapun, atlet kebangsaan tersebut tidak memberi belas kasihan sebelum menundukkan Thevadharshan dengan keputusan 8-0 di Dewan Kompleks Sukan Uitm, Shah Alam.

“Ini adalah pentas sulung saya dan saya benar-benar gembira kerana berjaya meraih pingat emas di sini. Apapun, saingan kali ini bukan mudah terutama saya turun sebagai juara Sukan SEA di Hanoi.

“Sebelum masuk gelanggang saya sudah tahu akan berdepan pesaing yang mempunyai fizikal agak tinggi. Jadi, saya perlu kekal tenang dan hanya ikut strategi.

“Meskipun perlawanan tersebut sedikit tertekan, tetapi saya tidak memikirkan soal lain, jadi saya fokus untuk tamatkan perlawanan itu lebih awal,” katanya.

Sureeya berkata, ini adalah kemenangan bermakna buat dirinya apabila berjaya meraih pingat emas tepat pada Hari Malaysia dan dia berbangga dengan pencapaian itu.

“Memandangkan saya dapat emas ini pada Hari Malaysia, jadi saya berbangga dapat melakukannya. Mungkin ini semangat Hari Malaysia!,” katanya.

Sementara itu, atlet Sabah, Amirah Syahirah Azlan melakukan kejutan apabila menewaskan atlet Selangor, Kayathiri Alagenthran dengan kemenangan 5-1. – KOSMO! ONLINE

POPULAR