fbpx

Sayap-Sayap Patah kutip RM40 juta, terjah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sayap-Sayap Patah berjaya mengutip RM40 juta sejak ditayangkan di Indonesia 18 Ogos lalu dan bakal menerjah Malaysia Oktober depan.

JAKARTA – Sejak ditayangkan di Indonesia 18 Ogos lalu, filem genre drama tragis berjudul Sayap-Sayap Patah berjaya meraih sambutan hangat daripada lebih 2 juta penonton di republik itu dengan kutipan tiket sekitar RM40 juta.

Diadaptasi daripada kisah benar, justeru tidak hairanlah apabila ramai jemputan yang hadir menyaksikan pra tonton filem Sayap-Sayap Patah arahan sutradara terkenal, Rudi Soedjarwo di sebuah pawagam di Jakarta pada 14 Ogos lalu dilihat mengalirkan airmata.

Ini kerana filem yang menampilkan lakonan Nicholas Saputra, Ariel Tatum, rapper terkenal Indonesia Iwa K, Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi berkisarkan tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

Rata-rata penonton yang menyifatkan Sayap-Sayap Patah sebuah filem genre thriller, namun kelihatan romantis dan berakhir dengan penuh tragis.

Tidak setakat itu, ramai tokoh-tokoh terkenal memuji skripnya dan kualiti lakonan semua pelakonnya termasuk Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani yang menyifatkan filem tersebut layak ditonton untuk sesiapa sahaja yang menyintai Indonesia.

Penerbit MoreADD Holding Berhad, Roslina Abd Majid berkata, Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama gandingan bintang ternama di Indonesia.

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.

“Malah sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap- Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut mengakui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.

“Mengikut perancangan, MoreADD Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya.

Sayap Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K dan lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi dipilih menjadi OST filem blockbuster tersebut – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI