fbpx

Maut ketika cuba selamatkan kereta masuk laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Proton Persona yang menggelosor ke dalam laut diperiksa anggota bomba di Pantai Teluk Senangin dekat Lumut malam tadi.

LUMUT – Tindakan seorang lelaki cuba menyelamatkan keretanya daripada masuk ke dalam laut di Pantai Teluk Senangin, Segari dekat sini berakhir dengan tragedi apabila lemas malam semalam.

Mangsa, Muhammad Hafiz Ramli, 31, ditemui lemas di bawah kereta Proton Persona di pantai tersebut dipercayai terjatuh dan terperosok di bawah kereta itu selepas cuba menahan kenderaan terbabit daripada menggelongsor masuk ke dalam laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota ke lokasi, didapati sebuah kereta telah menggelongsor masuk ke dalam laut dan dimaklumkan terdapat seorang lelaki telah terperosok di bawahnya tetapi telah dikeluarkan orang ramai dan dibawa naik ke pantai sebelum pihak kami tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan itu kemudian melakukan tindakan pencegahan keselamatan bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud akibat kejadian itu.

Jelasnya, ia dilakukan dengan melakukan pemeriksaan di dalam kereta dan mencabut kabel bekalan kuasa bateri kereta tersebut.

Beliau memaklumkan pasukan perubatan Hospital Seri Manjung kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI