fbpx
PERKAHWINAN Abu dengan salah seorang isterinya bertahan hanya satu malam. – Oddity Central

Lelaki kahwini 53 isteri dalam masa 43 tahun idam ‘kestabilan emosi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH – Seorang lelaki di Arab Saudi menjadi bualan ramai apabila mengaku telah berkahwin dengan 53 wanita berbeza untuk mencari ‘kestabilan’ emosi, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Abu Abdullah, 65, mengahwini isteri pertama ketika berusia 20 tahun. Wanita itu berumur enam tahun lebih tua daripadanya. 

Pasangan itu mempunyai anak dan kehidupan mereka berjalan lancar. Masalah kemudian muncul dalam hidup Abu dan dia memutuskan untuk berkahwin lagi.

Pada usia 23 tahun, Abu memberitahu isterinya dia ingin menikah kali kedua dan berpoligami. Masalah lain pula timbul dengan kedua-dua isterinya. Sebagai jalan penyelesaian, dia kemudian beristeri tiga dan empat.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia menceraikan isteri pertama dan kedua sebelum menceraikan isteri ketiga dan keempat kerana mereka mula bertengkar. Usahanya untuk mencari ‘kestabilan emosi’ kemudian diteruskan.

Lelaki itu memberitahu akhbar Sabq bahawa dia telah berkahwin dengan seramai 53 wanita dengan perkahwinan tersingkatnya bertahan hanya satu malam.

Bagaimanapun, Abu menegaskan bahawa dia tidak menganggap isteri-isterinya sebagai jenaka manakala semuanya adalah perkahwinan sah secara tradisional.

Abu berkata bahawa dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak bercadang untuk berkahwin lagi, walaupun tidak mendedahkan bahawa sudah menemui wanita yang dicari. 

Kebanyakan isteri Abu berasal dari Arab Saudi tetapi dia pernah berkahwin dengan seorang wanita warga asing dalam perjalanan kerja yang bertahan selama beberapa bulan. – AGENSI

 

POPULAR