fbpx

Lelaki bertuah temui 50 butir berlian sepanjang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kreykes telah menemui dan mendaftar lebih 80 mineral berharga tersebut di taman yang sama. - Twitter / @ARStatePark

DIERKS, ARKANSAS – Seorang lelaki dari negeri Arkansas, Amerika Syarikat ternyata memiliki tuah apabila menemui berlian ke-50 di sebuah taman negeri  awal bulan ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Scott Kreykes, menjumpai 50 butir berlian sepanjang tahun ini di kawah taman  Crater Diamonds State Park.

Berlian yang dijumpai oleh Kreykes pada bulan ini menjadikan penemuannya sebagai berlian ke-35,000 yang ditemui dan didaftarkan di taman berkenaan, demikian menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Taman Negeri Arkansas.

Bagi sepanjang empat tahun lalu, Kreykes telah menemui dan mendaftar lebih 80 permata  berharga tersebut di taman yang sama.

Ketika menemui berlian itu awal bulan ini, dia sedang menapis  kotoran di kawasan pencarian berlian dan membuat keputusan untuk membawa pulang batu kerikil yang ditapis untuk melihatnya dengan lebih teliti.

Garis panduan taman itu membenarkan pengunjung untuk membawa pulang sebaldi kerikil yang ditapis setiap hari, kata kenyataan akhbar  sama.

Semasa meneliti kerikil di rumahnya, Kreykes menemui sebutir berlian kecil dan pada 6 September lalu, dia membawa mineral itu ke Pusat Penemuan Berlian taman tersebut untuk mendaftarkannya secara rasmi.

Kakitangan taman mendaftarkan mineral berharga itu sebagai berlian putih empat mata. 

Berlian yang lebih kecil daripada satu karat ditimbang dalam unit mata, dengan 100 mata bersamaan dengan satu karat, kata kenyataan akhbar itu.

Kreykes turut diberitahu bahawa ia adalah berlian ke-35,000 yang ditemui di taman berlian berkenaan sejak ia dibuka pada 1972. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN