fbpx
FAZTIVAL Fazura mencatat pengiktirafan MBOR sebagai Perhimpunan Terbesar Tudung Fazura dan Perhimpunan Tudung Bawal Terbesar di Malaysia.

Fazura cipta rekod, himpun penghibur serumpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU pertama kali dianjurkan, konsert sulung anjuran Fazura iaitu Faztival Fazura yang berlangsung Ahad lalu tetap mencipta magis tersendiri.

Konsert yang dihadiri lebih daripada 10 selebriti dalam dan luar negara yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut mencipta dua rekod baharu meskipun pertama kali dianjurkan.

Faztival Fazura yang dihadiri hampir 8,000 penonton itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Perhimpunan Terbesar Tudung Fazura Dalam

Sebuah Acara dan Perhimpunan Tudung Bawal Terbesar di Malaysia.

Bersyukur dengan sambutan luar jangka tersebut, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin berharap, acara tersebut dapat menjadi program tahunan anjuran syarikatnya selepas ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan siapa sangka boleh mencipta dua rekod baharu dalam MBOR,” katanya ringkas.

Acara turut menyaksikan persembahan pembukaan daripada Datuk M. Nasir serta penampilan khas suami Fazura iaitu Fattah Amin dengan aksi silat mengiringi lagu Mentera Semerah Padi.

Festival tersebut turut menghimpunkan beberapa penyanyi handalan lain seperti Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.
Fazura sendiri turut memeriahkan pentas konsert dengan mendendangkan lagu medley popularnya selain sebuah karya gubahan semula berjudul Jika Cinta Allah bersama Ahmad Dhani.

Tidak setakat itu, Faztival Fazura turut menampilkan Ahmad Dhani dan kumpulannya, Ahmad Band serta Mulan Jameela sebagai jemputan khas dalam konsert tersebut.

Paling tidak disangka dan menjadi kejutan, Fazura sendiri turut tampil memberikan persembahan live khas buat peminat tersayang menerusi tiga buah lagu secara medley.

Menggunakan pengaruh hubungan baik dengan penghibur seberang, Ahmad Dhani dan Mulan serta popularitinya sebagai pelakon juga usahawan berjaya, percaturan Fazura menganjurkan acara konsert menghimpun penghibur serumpun ini setidak-tidaknya satu inisiatif cemerlang yang mungkin boleh ditiru selebriti lain.

POPULAR