fbpx

Mahasiswa berperanan dalam perjuangan kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) bergambar bersama barisan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Stadium Pavilion, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahasiswa di seluruh institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta juga berperanan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar mahasiswa terus berjuang kekalkan jati diri, budaya dan bahasa.

“Mahasiswa boleh memainkan peranan penting sebagai pembina bangsa dan memaknakan kemerdekaan seperti mana pembina bangsa terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.

“Saya menyeru seluruh mahasiswa Keluarga Malaysia untuk memberikan komitmen dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Ini adalah satu cara untuk menyatakan kecintaan kita kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Stadium Pavilion, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam konteks pendidikan tinggi, pelbagai cara dan perkara boleh dilakukan dalam menzahirkan semangat patriotik.

“Perjuangan terpenting mahasiswa pada ketika ini adalah kekal menjadi satu benteng yang teguh, dalam memastikan hubungan Keluarga Malaysia yang majmuk terus erat.

“Semangat mencintai tanah air dalam kalangan mahasiswa hendaklah digilap dan terus dipupuk dan dipertahankan menerusi pelbagai wahana berbentuk kenegaraan,” ujarnya.

Sementara itu, sebagai kemuncak program, seramai 112,413 mahasiswa seluruh IPT mengadakan Lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Pegawai Kadet Mohamad Norizzaini Norizam, UPNM secara hibrid sekali gus berjaya mencatatkan sejarah Malaysia Book of Records.

Acara lafaz ikrar itu juga diiringi oleh 31 orang Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Brass Band KD Pelandok, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran yang memaparkan logo Semarak Patriotik IPT 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI