fbpx

Lelaki tunai ibadah umrah bagi pihak Ratu Elizabeth II ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dirakam memegang kain rentang tertulis dia mengerjakan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II. - islamtics

RIYADH – Pasukan keselamatan Arab Saudi menahan seorang lelaki yang pergi ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Dalam sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial, lelaki dari Yemen itu dilihat memegang sehelai kain rentang yang mengumumkan bahawa lawatannya ke Tanah Suci itu adalah untuk mendiang Ratu Elizabeth II.

Video itu mencetuskan kemarahan umat Islam apabila dikongsikan secara online.

Lelaki itu kemudian disahkan telah ditahan oleh Polis Arab Saudi dan akan didakwa kerana melanggar peraturan dan garis panduan di Tanah Suci.

“Pasukan khas Keselamatan Masjidil Haram menahan seorang warganegara Yemen yang muncul dalam klip video dan membawa kain rentang di dalam Masjidil Haram, melanggar peraturan dan garis panduan umrah,” demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Orang bukan Islam dilarang memasuki kota Mekah dan penggunaan papan tanda juga dilarang di kawasan sekitar Masjidil Haram.

Lelaki Yemen itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum kerana semua pelawat dilarang mengerjakan umrah bagi pihak orang bukan Islam yang telah meninggal dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI