fbpx

KPLB adakan perbincangan bela nasib penoreh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi membela nasib penoreh yang terkesan dengan kejatuhan harga getah ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu dijangka dibincangkan pula dengan Kementerian Kewangan pada minggu hadapan.

Mahdzir(tengah) menyantuni penduduk selepas merasmikan Program Mesra Pengguna di Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

“Apabila ketiga-tiga kementerian ini sudah ada persefahaman, kita akan angkat cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dapatkan kelulusan secepat mungkin.

“Perkara ini melibatkan masyarakat di kampung dan mesti ada pembelaan daripada kerajaan kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Program Mesra Pengguna di pekarangan Pejabat Koperasi Kampung Padang Nyior Kedah Berhad di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat peneroka atau pekebun Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memohon mahu menukar tanaman getah kepada sawit berikutan penurunan harga tersebut, Mahdzir mengakui terdapat permohonan sedemikian ketika harga sawit melonjak tinggi.

“Mereka mahu tukar tanaman tersebut ketika pelaksanaan projek penanaman semula tetapi perkara ini melibatkan polisi.

“Bagi memastikan kelestarian tanaman komoditi getah, Risda menyasarkan seluas 25,000 hektar setahun dicapai bagi mengekalkan keluasan tanaman getah negara pada kadar 1.09 juta hektar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI