fbpx

Kisah sejarah Samy Vellu turunkan bendera Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lama yang menyaksikan Samy Vellu (gambar kiri) dan Khalid mengibarkan Jalur Gemilang di kedutaan Indonesia pada 1963.

PETALING JAYA – Kalau sebut nama mendiang Tun Samy Vellu, kemungkinan generasi baharu seperti generasi Z, generasi TikTok dan mungkin juga generasi Twitter tidak kenal siapa sosok ini.

Selain pernah memegang portfolio Menteri Kerja Raya paling lama, Presiden MIC serta beberapa meme audio seperti “ini semua kerja gila, banyak orang sudah gila masuk hospital Tanjung Rambutan atau Tampoi..”.

Samy Vellu pernah menggegarkan tanah air pada tanggal 31 Ogos 1963 apabila pernah membuat ‘kerja berani’ dengan memanjat kedutaan Indonesia untuk menurunkan bendera naegara tersebut dan digantikan dengan Jalur Gemilang.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook Khairul Azri, kisah tersebut berlaku apabila Malaya isytihar nak bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dan dipanggil Malaysia ketika tarikh tersebut.

Apabila pengumuman tersebut dibuat, maka kecoh satu Asia Tenggara ketika itu dan Indonesia serta Filipina pernah mengadu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pengishtiharan gabungan Malaysia terpaksa ditunda kepada satu tarikh baru iaitu pada 16 September 1963.

Ketika itu Indonesia dan Filipina masih marah, serta kisah amukan rakyat Indonesia bakar kedutaan Malaya di Medan juga turut kedengaran ketika itu.

“Bila dengar kedutaan kita kena bakar, rakyat kita berbalas dengan pergi pula kedutaan Indonesia di Malaya dan dalam ramai-ramai anak muda masa tu, yang menarik perhatian adalah Khalid Yunus (bekas Menteri Belia dan Sukan) dan Samy Vellu.

“Khalid Yunus dengan Samy Vellu masa tu baru umur 20 dan 27 tahun, mereka panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia.

“Paling hebat haritu adalah bila Khalid Yunus yang awalnya datang sebagai pemberita Utusan Melayu untuk buat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut. Tapi dengan dia sekali pun naik angin,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, mereka heret bendera tu naik skuter dari Jalan Ampang sampai rumah Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) di Jalan Dato’ Onn.

“Bila sampai rumah Tunku mereka suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tidak mahu, mereka paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera pancasila itu.

“Lepas itu, memang kecohlah, keluar akhbar semua Tunku pijak(duduk) atas Pancasila. Soekarno (Presiden) apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan Ganyang Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI