fbpx

Jual telur penyu secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun peniaga menjual telur penyu didakwa dari Terengganu yang dikesan di e-dagang platform di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Tidak boleh jual secara konvensional, segelintir peniaga dipercayai dari Terengganu dikesan mem­belakangi undang-undang de­ngan mencuba menjual telur penyu dalam talian pula.

Penjualan telur penyu secara terbuka telah diharamkan secara total di Terengganu bermula 1 Jun lalu.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, semakannya di platform e-dagang menjumpai akaun peniaga yang menjual te­lur penyu.

Beliau berkata, peniaga tersebut telah mengiklankan telur penyu jualannya diambil secara segar dari Terengganu.

“Telur penyu berkenaan dijual pada harga RM7.50 sebiji, malah jika pembelian dilakukan secara borong iaitu 15 biji ke atas, harga ditawarkan lebih murah iaitu RM6.90 sebiji.

“Lebih melampau, peniaga itu juga memberikan resipi cara memasak dan tip menikmati telur penyu di akaun miliknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Uzair berkata, perbuatan peniaga terbabit bukan sahaja seolah-olah mencabar undang-undang, malah sangat tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau, peniaga itu seakan mahu mensabotaj usaha pelbagai pihak untuk menyelamatkan penyu yang merupakan spesies reptilia hampir pupus.

“Saya seru orang ramai membantu dengan membuat aduan terhadap akaun peniaga, ‘daynif9400’ ini kepada pentadbir e-dagang itu agar disekat segera.

“Saya yakin platform jual beli online itu sangat peka dengan sebarang penjualan yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan,” katanya.

Mohd. Uzair memberitahu, di­fahamkan beberapa akaun pe­niaga yang menjual telur penyu sebelum ini telah dinyah keluar dari e-dagang platform sejak tahun 2020.

Dalam pada itu, carian Kosmo! mendapati, seramai enam individu dipercayai pembeli telur penyu telah memberi maklum balas produk di akaun penjaga terbabit.

Terengganu merupakan ne­geri terakhir di Malaysia mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu menerusi Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) yang diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada November 2021.

Pindaan itu antara lainnya mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu dengan menetapkan kadar denda antara RM50,000 hingga RM250,000 bagi kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI