fbpx

379,900 orang kunjungi Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Angkat Kuala Terengganu dimeriahkan dengan persembahan bunga api dan laser pada majlis perasmiannya yang disempurnakan Sultan Mizan di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang menjadi ikonik pelancongan negeri ini telah dikunjungi 379,900 orang dalam tempoh tiga tahun pembukaannya.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia membuktikan pembukaan jambatan sepanjang 838 meter tersebut telah merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Pantai Timur itu.

Beliau berkata, pembukaan jambatan ikonik menghubungkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berkenaan pada Ogos 2019 juga jelas memberi impak besar terhadap pembangunan Terengganu khususnya muara utara dan selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

“Kewujudan jambatan ini telah memberi peluang ekonomi baharu kepada ramai rakyat tempatan terutamanya golongan B40 (berpendapatan rendah).

“Perniagaan-perniagaan kecil seperti kiosk-kiosk jualan telah dapat diwujudkan di kawasan sekitar yang telah memberi peluang kepada lebih 100 usahawan baharu,” katanya di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menyaksikan perasmian Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda berkenan Jambatan Angkat Kuala Terengganu digunakan sebagai nama rasmi bagi instrastruktur yang dibina dengan kos RM249 juta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI