fbpx

Tiada unsur jenayah kes OKT meninggal dunia ketika rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah melibatkan kes kematian seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian lelaki berusia 62 tahun itu akibat pendarahan di bahagian perut disebabkan kepecahan sista pankreas.

“Bedah siasat ke atas OKT dijalankan hari ini di Jabatan Forensik HRPB dan mendapati tiada sebarang unsur ‘foul play’ dan kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes berkenaan akan diteruskan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Hasil siasatan kes ini akan dirujuk oleh pihak berkenaan kepada koroner untuk tindakan lanjut,” katanya.

Lelaki yang ditangkap berkaitan kes dadah di Jalan Carey di sini Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi di HRPB setelah rawatan kecemasan diberikan pegawai perubatan.

Terdahulu, lelaki itu dikatakan dalam keadaan tidak sihat pada pukul 9.02 pagi ketika berada di lokap Balai Polis Jelapang. Ketika itu, OKT tersebut sedang menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi tujuan pertuduhan berkaitan kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI