fbpx

Lagu nasyid untuk semua– Hafiz Hamidun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ HAMIDUN berpendapatan tidak wajar untuk eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penggiat nasyid sahaja. Foto - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berpendapatan tidak wajar untuk eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penggiat nasyid sahaja.

Sebaliknya, kata bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu, lagu nasyid adalah untuk semua tidak kira latarbelakang mahupun genre yang dibawakan oleh penyanyi itu.

“Jangan eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penggiat nasyid, kita patut jemput semua orang menyanyikan lagu nasyid.

“Tidak semestinya jika penyanyi yang tidak bertudung tidak boleh menyanyi lagu ketuhanan kerana syurga adalah untuk semua orang,” ujar Hafiz melontarkan pandangan peribadinya.

Hafiz berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan isu yang dibangkitkan anggota kumpulan Rabbani, Azadan.

Azadan menerusi media sosial mempersoalkan kemenangan Datin Alyah menerusi lagu Thank You Allah dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik di AIM 23 yang berlangsung kelmarin.

Malah, Azadan turut mencadangkan agar diwujudkan kategori Lagu Religi dalam AIM kerana berpendapat lagu religi (ketuhanan) berbeza dengan nasyid.

Dalam pada itu, Hafiz berpandangan tidak ada keperluan untuk mengadakan pembahagian atau mewujudkan kategori baharu iaitu Lagu Religi dalam AIM kerana teras lagunya adalah sama.

“Tidak perlu pun untuk membahagikan atau membezakan lagu religi dan lagu nasyid sebab terasnya sama iaitu lagu tentang ketuhanan.

“Jika begitu, kumpulan Rabbani tidak boleh menyanyikan lagu patriotik atau irama Malaysia kerana itu bukannya genrenya? Tidak bolehlah begitu.

“Di Indonesia tiada istilah lagu nasyid seperti di sini. Sebaliknya, semua penyanyi wajib ada lagu religi untuk disiarkan ketika bulan Ramadan.

“Bagi saya itu satu polisi yang bagus, Malaysia juga patut ke arah itu. Jadi buat apa hendak letakkan sempadan atau halangan pada genre lagu, biarlah irama nasyid itu diraikan oleh semua orang,” tutur Hafiz.

HAFIZ HAMIDUN (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan nasyid UNIC yang bakal memgadakan konsert REUNIC pada 8 Oktober depan – Foto AFIQ RAZALI

Menyentuh tentang kemenangan Alyah dalam kategori Lagu Nasyid, Hafiz yang juga salah seorang juri untuk AIM 23 menjelaskan, tiada isu perlu dibangkitkan kerana lagu Thank You Allah dinilai oleh juri profesional.

“Saya dan salah seorang anggota kumpulan Rabbani (bukan Azadan) merupakan juri AIM 23, jadi saya tidak faham mengapa Azadan menyuarakan kenyataan seperti itu, mungkin sekadar pendapat peribadinya.

“Jujurnya, setiap lagu dinilai secara profesional dan terdapat kriteria yang perlu diambil kira seperti melodi dan perkara- perkara lain.

“Mungkin juga sudah rezeki lagu itu sendiri, jadi kita perlu berlapang dada dan mengambil positif pesaingan daripada penyanyi genre lain,” ujar Hafiz.

Sementara itu, Hafiz bakal muncul bersama kumpulan UNIC dalam konsert REUNIC The Finale sempena ulang tahun ke-20 kumpulan nasyid tersebut di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI