fbpx

Keperibadian Aman Shah disenangi wartawan senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aman Shah memiliki keperibadian yang baik.

PETALING JAYA – Lagu raya berjudul Kepulangan Yang Dinanti serta filem epik ketenteraan Darah Satria ternyata telah mengukir nama pelakon veteran Allahyarham Aman Shah.

Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim juga turut terkenal dengan karekter yang sopan, bersahaja dan berbudi bahasa ketika bersama golongan media hiburan selama ini.

Karekter tersebut turut disenangi oleh kebanyakan wartawan walaupun menyentuh soal peribadi, namun Allahyarham tidak pernah melenting dan marah.

Bercerita pengalaman, wartawan senior, Muzlina Abu Bakar berkata, ketika awal 1980-an, Allahyarham pernah diwawancara ekslusif bersempena keluaran khas hari raya bersama Akhbar Mingguan Malaysia.

Muzlina berkata, ketika itu Allahyarham bersama dengan beberapa artis yang meningkat naik ketika itu diwawancara bersama di satu lokasi berhampiran Highland Tower sebelum bangunan tersebut runtuh pada awal 1990-an.

“Aman Shah ternyata mempunyai keperibadian yang amat sopan dan kaya dengan budi bahasa, dia akan menjawab semua soalan walaupun ia soalan yang sensitif.

“Tidak pernah melenting atau marah sekiranya menyentuh soal peribadi, terkenang pengalaman itu dan masih terbayang lagi tutur katanya,” ujar Muzlina kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Muslina, kali terakhir bertemu penyanyi tersebut adalah pada tahun lalu di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang.

“Masa tu Alllahyarham bagi kad dia pada saya, walaupun sudah berpuluh tahun tidak jumpa tapi dia masih ingat nama saya.

“Saya sedikit terkilan sebab tidak sempat untuk menemubual beliau sebelum dijemput Ilahi hari ini,” jelasnya.

Terdahulu, Penyanyi dan pelakon, Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI