fbpx

Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia diikat Mongolia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najmudin menjadi salah seorang pemain tunjang negara pada aksi bertemu Mongolia kali ini. /FOTO IHSAN AFC

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara memulakan aksi peringkat Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia B-20 2023 dengan keputusan seri selepas diikat tuan rumah, Mongolia pada aksi pembukaan sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MFF, Ulaanbaatar itu, skuad negara yang dikendalikan Hassan Sazali Waras membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain utama seperti Najmudin Akmal, Aysar Hadi dan Aliff Izwan.

Namun, pasukan negara dilihat berdepan tekanan awal apabila tuan rumah dihadiakan sepakan penalti apabila tonggak pertahanan, Alif Farhan melakukan kekasaran.

Kesempatan tersebut digunakan oleh penyerang tuan rumah, Buyannemekh Ganbat untuk gol pertama pada minit ke-24.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Harimau Muda dilihat tampil lebih garang dan berjaya meraih gol penyamaan yang disudahkan oleh Aliff Izwan hasil gerakan menarik Najmudin pada minit ke-54.

Skuad negara menggandakan asakan dengan pemain gantian, Muhd. Abu Khalil melakukan rembatan deras tetapi berjaya ditepis penjaga gol pada minit ke-79.

Peluang terbaik negara hadir pada masa kecederaan apabila Najmudin melakukan rembatan daripada luar kotak penalti tetapi turut dinafikan penjaga gol tuan rumah dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Pada satu lagi aksi Kumpulan E, Korea Selatan tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Sri Lanka 6-0 untuk meraih tiga mata berharga.

Skuad B-19 yang masih segar dengan kejayaan menjuarai trofi Piala AFF B-19 pada Julai lepas akan bertemu Sri Lanka pada aksi kedua pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI