fbpx

Enggan diganggu, Nikita Willy nak bersalin di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKITA WILLY

PELAKON Nikita Willy memilih untuk melahirkan cahaya mata pertamanya di Amerika Syarikat (AS) berbanding di Indonesia. Alasan Nikita dia berasa lebih tenang dan selesa untuk berehat jika bersalin di negara berkenaan.

Ujar pelakon berusia 28 tahun itu, jika bersalin di negara asalnya, dia menjangkakan tidak akan mendapat waktu rehat yang cukup kerana PASTI ramai akan mahu melawatnya.

“Selepas bersalin, saya memerlukan waktu untuk menenangkan diri. Saya tidak mahu bertemu dengan ramai orang. Jadi saya memilih untuk bersalin di AS,” katanya.
Ketika berada di negara tersebut, Nikita mengakui jiwanya lebih tenang.

Malah dia bersyukur kerana tidak dikunjungi ramai saudara-mara dan sahabat yang mahu melawat dirinya serta bayi yang baru dilahirkan.

“Saya berasa beruntung kerana tidak dikunjungi ramai orang. Walaupun ada segelintir keluarga dan rakan-rakan kecewa, tapi itu adalah keputusan terbaik saya,” katanya yang selamat melahirkan bayi lelaki pada 7 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI