fbpx

Ejen kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kes perculikan di Tumpat semalam.

KOTA BHARU – Seorang wanita yang juga ejen produk kosmetik dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.

Hari ini tular satu video dipercayai kejadian penculikan dipercayai melibatkan mangsa.

Melalui paparan itu, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa lalu ditarik memasuki sebuah kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI