fbpx

Dua maut nahas 4 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di di Kilometer 134.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, di Pagoh, awal pagi hari ini.

MUAR – Dua lelaki maut manakala dua yang lain mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di di Kilometer 134.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, di Pagoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu lori kontena, K. Gunalan, 45, dan pemandu kereta Proton Wira, Senawi Jelani, 55.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penolong Penguasa Mohd. Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian membabitkan dua lori kontena, sebuah treler serta Proton Wira itu pada 4.48 pagi.

“Sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) daripada BBP Pagoh dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Bukit Gambir digegaskan ke lokasi.

“Tindakan awal operasi adalah mengeluarkan Gunalan dan Senawi yang tersepit dalam kenderaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Fadli berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi berkenaan tamat pada pukul 7.09 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI